Pages

for the rest of my life.....amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

ParaNorMal Activity buat Aku BERHenTi berNafas jaP..

Salam Ahad untuk semua. Mesti syok kan tidur dari siang tadi sebab hujan je memanjang. Sama la macam aku. Plan nak pergi dua kenduri hari ni alih-alih aku tidur je. Gathering Sahabat Blogger kat Times Square memang awal-awal aku tolak tepi sebabkan nak pergi kenduri. Kenduri dalam mimpi je la. Maaf la kepada sesiapa yang aku dah janji nak pergi kenduri tu. Aku bukan nak salahkan hujan tapi err hujan kan? hahaha.




Aku sebenanrnya dah lama nak buat entri review filem ni tapi sebab ketakutan yang amat sangat maka tertangguh la hasrat di hati. Baru-baru ni aku layan cerita Paranormal Activity 2 dgn en.bf..... Dan aku dapat rasa betapa seramnya movie Paranormal Activity ni. Bila keluar sequel (ye ke?) ni aku laju la layan. Tak laju sangat kebetulan timing sesuai. Sebabkan dalam minda aku dah set oleh seseorang yang mengatakan Paranormal Activity ni cerita sebenar maka aku percaya la sampai ke sudah yang movie aku tengok ni cerita sebenar.

Apa yang aku faham dari movie ni (takde subtitle dan aku tak pandai English sangat), family ini baru sambut kelahiran anak lelaki pertama dalam keluarga perempuan. Baby lelaki tu namanya Hunter. Ada seketul hantu mula mengganggu family Hunter ni sebabnya hantu tu nakkan Hunter. Korang pernah dengar hantu yang inginkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri sulung? Suami dan isteri adalah masing-masing anak sulung dalam family dan kemudiannya melahirkan bayi sulung yang menjadi idaman hantu kak limah. hahah. Takut? Mesti siapa-siapa anak sulung tak mau berpasangan dengan anak sulung kan. Sebab tak mau anak sulung dia kena bawak lari oleh hantu.

Tapi family Hunter ni dia bukan anak sulung cuma dia lelaki sulung yang lahir setelah asik lahir anak perempuan je. Agaknya la. Kalau salah pun lantakla. hahah. Kali pertama hantu tu ganggu family Hunter bila satu rumah bersepah secara tiba-tiba tapi takde barang berharga yang hilang. So sebab pelik sangat family Hunter pasangla cctv seluruh rumah. Dari cctv tu macam-macamla kejadian pelik yang kita boleh nampak. Macam mana mak Hunter kena tarik kakinya menggelongsor ke bawah tangga, anjing Hunter kena serang, kakak Hunter terkunci kat luar rumah, dapur rumah tiba-tiba bersepah, dan macam-macam lagi la. Paling buat aku menggigil bila mak Hunter kena rasuk dek hantu tu dan akhir sekali bila hantu tu masuk dalam badan auntie Hunter (maybe) dan membunuh ayah dan mak Hunter. Semuanya captured dalam cctv rumah tu. Huh! Menakutkan sungguh. Berhari-hari tidur malam aku terganggu sebabkan tengok movie ni.

Actually aku memang suka tengok cerita hantu untuk tambah keyakinan dalam diri. Pelik tak? macam mana tu? Bila aku tengok cerita hantu, aku tahu cerita tu cuma cerita yang direka dan ada director. Maka bila aku jumpa hantu sebenar aku akan cakap "Alaa..hantu tu keluar dari filem je bukan hantu betul la tu. macam filem kan" So aku akan berani. Tapi! Lepas tengok Paranormal Activity 2 ni aku kembali jadi penakut. Ah! Bongok je! Kalau boleh time mandi tu walaupun air sabun mengalir kat mata pun aku nak bukakkk je mata aku. Sebab bila aku tutup mata aku terbayang hantu duk tunggu depan muka aku sambil menyeringai. Tak guna!

Satu hari aku tergerak nak buat research pasal movie Paranormal Activity ni. Aku mintak Encik Google tolong aku. Akhirnya tidur malam aku kembali normal. Tak perlu basuh kaki berkali-kali dah puh kiri puh kanan bersungguh beratib. Rupanya movie ni bukan cerita sebenar. Filem bajet rendah yang menggunakan kamera cctv sebagai kamera shooting. Macam real je diorang amik video cctv family terlibat padahalnya ini filem yang ada pengarah! Ok aku tertipu dan aku jugak dah menipu dua makhluk kat opis aku bila aku bersungguh-sungguh cerita pasal movie ni kat diorang dan meyakinkan diorang bahawa movie ni bukan lakonan tapi video cctv sebenar dari sebuah keluarga yang kena kacau dek hantu. Sorry sebab menipu. Hantu tu yang tipu aku dulu.